Perkara pertama yang anda perlu tahu adalah ini bukan artikel mengenai posisi seks yang boleh anda cuba. Kadang-kadang perkara baharu itu bagus untuk dicuba, tetapi ada baiknya jika kembali kepada asasnya. Terutamanya apabila anda berhadapan dengan halangan dan cuba untuk memecahkannya. Jika anda dan pasangan baru sahaja bersama dan terdapat beberapa halangan yang membuatkan anda puas serta terasa jauh dengan pasangan. Berikut adalah 5 cara untuk kembali mengeratkan hubungan di tempat tidur.

“pillow talk”

Membuka topik yang beremosi ketika diranjang mungkin boleh membunuh semangat anda, tetapi percayalah, perbicangan yang berlaku di ranjang akan mampu menambah keghairahan hubungan intim anda dan pasangan.

Komunikasi adalah kunci untuk seks yang baik dan perbincangan serta pelukan yang berlaku sebelum hubungan intim dilakukan dapat mengukuhkan hubungan anda dan pasangan.

Bersembang santai ketika di tempat tidur mampu untuk mewujudkan suasana yang santai dan ini adalah peluang terbaik untuk mengetahui apa yang pasangan anda suka dan tidak suka.

Keakraban dan persefahaman yang dibina mampu untuk membawa kepada hubungan seks yang lebih baik kerana anda merasa lebih selesa antara satu sama lain.

Cuba sesuatu yang baru

Anda boleh belajar sesuatu yang berbeza bersama, rancang aktiviti yang baru dan lain dari rutin biasa serta cuba sesuatu yang baru di ranjang. Mencuba perkara baru dan di luar jangkaan boleh membantu menjadikan hubungan anda lebih menarik.

Kerap bersentuhan

Berpelukkan dan berpegang tangan membuatkan pasangan merasa lebih dekat, intim dan gembira. Disamping membantu kita menjadi lebih mesra secara fizikal, sentuhan sesama pasangan juga membantu meningkatkan keghairahan dan merupakan unsur tambahan yang baik untuk hubungan di ranjang.

Kuasai seni “flirting”

“Flirting” atau berkata-kata manis paling berkesan dalam membantu anda untuk kekal berhubung. Ianya membantu menjadikan hunbungan anda lebih menerujakan! Cuba keajaibannya apabila anda menghantarkan teks ayat-ayat manis kepada pasangan anda sepanjang hari, kenyit mata dan berikan senyuman nakal sebelum waktu tidur atau membisik perkara yang ingin dilakukan bersama.