Pernah terfikir apa agaknya yang difikirkan oleh pasangan anda semasa anda berdua melakukan hubungan seks? Jangan risau, sekarang anda boleh mengetahui semua itu dengan kondom ‘Get in the Mood’ yang mampu untuk berubah warna – satu inovatif terbaharu dari Durex.

Anda mungkin pernah melihat kondom Durex berwarna merah jambu atau berwarna ungu sebelum ini, tetapi anda belum pernah melihat kondom yang mampu untuk berubah warna bagi mendedahkan emosi sebenar pasangan anda.

Dengan teknologi terbaharu dari Durex, kondom ini sudah tersedia dalam pelbagai jenis saiz – dari saiz biasa sehinggalah yang besar. Dengan kondom ini, anda akan dapat mengetahui jika pasangan anda inginkan aksi yang mencabar atau hanya cukup sekadar santai sahaja.

Kondom ‘get in the mood’

Untuk mengetahui sama ada pasangan anda sedang merasakan sebuah cinta, semangat atau nafsu. Kondom ini akan bekerja dengan menunjukkan warna yang berbeza bergantung pada suhu badan mereka. Putih menunjukkan bahawa mereka berada dalam keadaan tenang dan santai, manakala warna merah jambu pula membawa maksud bahawa mereka sedang bersemangat dan benar-benar menyukai aksi yang anda lakukan.

Dan jika anda mahukan satu amaran awal sebelum pasangan anda mencapai tahap klimaks, kondom Get in the Mood mampu memberitahu anda dengan cara menukar warna.

Carta warna emosi

Sudah tentu, aktiviti seksual akan menjadi lebih baik jika ia melibatkan banyak mood dan emosi. Berikut adalah senarai warna dan maksud disebalik warna tersebut.

  • Merah jambu terang - gugup
  • Putih - santai
  • Kuning - bernafsu
  • Pink muda - bersemangat
  • Biru – cinta

Jangan risau, kotak kondom ini akan hadir bersama-sama dengan informasi lanjut mengenai maksud di sebalik setiap warna. Gunakan kondom Get in the Mood keluaran Durex untuk mengetahui lebih tepat apa yang pasangan anda rasakan ketika anda melakukan hubungan seksual.

Tambahkan sedikit keseronokan ke dalam bilik tidur

Kalaulah semua ini wujud! Pasti anda tidak perlu risau bagaimana untuk melakukan hubungan seksual. Namun, apa yang kami rasakan lebih penting adalah dengan berkomunikasi dengan pasangan anda dan bersikap terbuka tentang perasaan anda. Persoalannya kini, adakah anda benar-benar percaya bahawa kondom keluarkan Durex mampu untuk memberitahu apa yang pasangan anda rasakan?

Selamat Hari April Fool!