Kebanyakan daripada anda mungkin pernah mempelajari cara untuk memakai kondom, namun disebabkan peredaran masa dan anda juga sudah meningkat dewasa. Anda mungkin lupa cara yang betul untuk memakainya. Jadi, berikut adalah maklumat lanjut untuk anda.

Kondom adalah aksesori wajib yang patut ada ketika melakukan hubungan seks yang intim dan selamat. Kondom adalah pertahanan terbaik dari penyakit kelamin (boleh menyebabkan kanser atau AIDS) dan kehamilan yang tidak dirancang.

Bagi sesetengah orang, memakai kondom kadang-kadang mampu untuk membuatkan anda berasa janggal, namun sebenarnya kondom akan membantu anda untuk beraksi dengan lebih yakin.

Cara menggunakan kondom

  

Langkah 1

Anda mungkin sudah tahu mengenai ini, tetapi sila periksa tarikh tamat tempoh kondom pada kotak bungkusan (dicetak di belakang kotak). Tabiat ini tidak akan mengambil masa anda dan sebaik sahaja anda sudah pasti bahawa kondom tersebut selamat untuk digunakan dan zakar anda juga sudah mencapai tahap keras, ia adalah masa yang baik untuk menggunakan kondom.

Langkah 2

Tolak kondom ke sisi supaya anda tidak mengoyakannya semasa membuka. Dan dengan hati-hati, buka paket itu di bahagian tepi yang bergerigi. Apabila kondom berada di tangan anda, pastikan ia jauh daripada benda-benda tajam seperti perhiasan atau kuku. Percaya kata kami, anda tidak mahu merosakkannya dan menghabiskan masa untuk mencari yang baru atau dalam situasi yang lebih teruk lagi adalah anda sedar bahawa itu adalah kondom terakhir yang anda ada.

Langkah 3

Kondom hanya mudah digerakkan dengan satu arah, jadi sila pastikan anda meletakkan kondom dengan cara yang betul. Bahagian ‘topi runcing’ pada kondom perlu dibiarkan dengan sedikit ruang.

Langkah 4

Picit kondom anda agar tiada ruang udara di dalamnya (kondom boleh pecah jika ada udara yang terperangkap di dalam) dan letakkan di atas kepada zakar. Sekiranya anda tidak bersunat, sila tolak lebihan kulit di bahagian luar zakar anda sebelum memakai kondom di kepala zakar. Kondom akan muat dengan baik di keseluruhan permukaan zakar jika dipakai dengan betul, namun jika anda rasa kondom tersebut longgar, sila tunggu sehingga zakar anda betul-betul keras.

Langkah 5

Tolak dengan berhati-hati sehingga kondom anda mencapai pangkal zakar. Sekiranya kondom sukar dipakai, kemungkinan anda telah memasangnya dengan cara yang terbalik. Mula semula dengan kondom baharu.

Langkah 6

Sapukan sedikit pelincir Durex yang berasaskan air ke bahagian luar kondom. Penggunaan pelincir adalah amat penting bagi membantu kondom kekal bertahan dari tekanan geseran yang boleh mengoyakkan kondom – walaupun anda menggunakan kondom pra-pelincir, anda masih boleh menggunakan gel tambahan untuk meningkatkan sensasi ketika aksi di ranjang.

Langkah 7

Sekarang, anda sudah bersedia untuk melakukan seks, jangan risau dan kekal yakin yang anda berada dalam keadaan selamat. Jika kondom mula menggulung ke atas, anda boleh betulkan dengan merapatkan kondom tersebut semula ke pangkal zakar. Namun jika kondom anda tertanggal, sila buang yang lama dan gunakan yang baharu dengan mengikut langkah di atas. Kondom yang dipasang atau digunakan dengan betul tidak akan koyak atau pecah. Jadi, bagaimana kondom boleh koyak? Jika kondom tersebut longgar atau membuatkan anda tidak selesa, mungkin boleh cuba dengan mencari kondom yang sesuai dengan anda. Durex mempunyai pelbagai jenis kondom yang sesuai dengan anda.

Langkah 8

Semasa anda berhenti atau sedang melakukan hubungan intim, sila tahan kondom anda dengan meletakkan jari di pangkal zakar. Ini bagi memastikan kondom anda tidak tertanggal ketika melakukan hubungan seks. Kondom boleh ditanggal sekiranya anda mengeluarkan sepenuhnya zakar anda dari dalam pasangan. Selepas itu, sila ikat simpul kondom agar kandungan di dalamnya tidak bersepah ke merata tempat. Bungkus ke dalam tisu dan buang di dalam tong sampah. Jika anda tidak pasti jenis kondom yang sesuai untuk anda, kami mempunyai panduan yang merangkumi saiz dan jenis kondom yang berlainan.