Seks yang baik merangkumi banyak perkara. Melalui beberapa campuran rasa dan nikmat, kita mampu mencapai tahap klimaks yang tidak mungkin akan kita lupakan. Salah satunya adalah dengan menggunakan pelincir sewaktu melakukan hubungan intim. Bagi sesetengah orang, mereka fikir pelincir hanya digunakan oleh golongan berumur, namun kebenarannya sebenarnya jauh dari itu.

Untuk pengetahuan anda, pelincir adalah sebahagian daripada hubungan intim. Ia bukan sahaja membantu bagi menjamin keselesaan anda dan pasangan. Ia juga mampu meningkat keseronokan dalam menjalinkan hubungan – bergantung kepada jenis pelincir yang anda gunakan.

Memakai pelincir ketika hubungan intim bukanlah sesuatu yang berada di luar norma. Secara faktanya, 9 daripada 10 wanita percaya bahawa pelincir dapat membantu hubungan menjadi lebih baik.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang anda tidak boleh gunakan sebagai bahan pelincir ketika melakukan hubungan intim!

Minyak kelapa sebagai bahan pelincir

Minyak kelapa adalah produk popular di seluruh dunia. Ia mudah didapati sehinggakan setiap rumah pasti mempunyai satu botol minyak kelapa yang diletakkan di dalam almari. Walau bagaimanapun, minyak kelapa sebagai pelincir ketika hubungan intim, adalah kombinasi yang tidak baik.

Mengapa? Jawapannya muda, minyak kelapa mengandungi sifat-sifat antiviral dan antibakteria yang mampu mengganggu keseimbangan PH faraj, ia boleh membawa kepada jangkitan dan memberi kesan kepada kesihatan anda. Walaupun minyak kelapa adalah pelembap yang baik untuk kulit dan rambut, namun ia tidak dicipta untuk bertindak balas dengan baik bagi bahagian ‘bawah’ anda.

Tambahan daripada itu, minyak kelapa tidak sesuai dengan kondom lateks – termasuk apa sahaja produk berasaskan minyak. Ia boleh merosakkan kondom.

Gel petroleum sebagai pelincir

Apabila soalan tentang apakah pelincir yang boleh digunakan untuk menambah keseronokan sewaktu melakukan hubungan intim. Pasti ramai akan menjawab gel petroleum. Apa yang ramai tidak tahu sebenarnya adalah gel petroleum tidak sesuai digunakan, malah bakal mendatangkan lebih banyak mudarat.

Seperti minyak kelapa, gel petroleum juga mempunyai bahan yang menghalang ia meresap ke dalam badan. Bukan sahaja ia sukar untuk dibersihkan, ia juga akan meninggalkan kesan pada kulit anda. Selain itu, jeli petroleum juga dikaitkan dengan bakteria jenis vaginosis yang akan ada pada wanita.

Walaupun gel petroleum adalah produk berasaskan minyak, namun ia tidak sesuai digunakan dengan kondom jenis lateks. Jika anda berkeras juga mahu gunakan pelincir berasaskan minyak dan kondom lateks berasaskan minyak. Anda mungkin akan merosakkan kondom dan mengoyakkan keseronokkan anda. Selain itu, kemungkinan untuk anda mengidap jangkitan seksual dan kehamilan yang tidak dirancang adalah sangat tinggi.

‘air liur’ sebagai pelincir

Bunyinya mungkin sedikit pelik. Tetapi sebenarnya ramai orang yang berfikir bahawa air liur mampu menjadi bahan pelincir. Manakala ada sesetengah orang yang fikir bahawa meludah dapat meningkatkan kelangsungan hubungan intim, namun sebenarnya air liur tidak mampu bertindak sebagai pelincir.

Air liur sebagai pelincir sebenarnya boleh menyakitkan bahagian bawah pasangan anda. Ini disebabkan cecair pelincir yang tidak mencukupi dan bahagian bawah akan mudah kering dengan lebih cepat. Ia berbeza dengan cecair yang dihasilkan oleh tubuh badan sendiri atau lebih mudah, beli sahaja pelincir yang sedia ada untuk kegunaan semasa hubungan intim.

Makanan atau cecair sebagai pelincir

Makanan boleh menjadi hebat jika dibawa ke bilik tidur. Walau bagaimanapun, tabiat memasukkan sesuatu – makanan – ke dalam bahagian bawah boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kemungkinan bahawa bahan makanan tersebut tidak sesuai untuk badan anda.

Sekiranya anda memasukkan makanan ke dalam vagina, anda dinasihatkan supaya untuk membasuh bahagian sulit anda menggunakan douche. Namun perbuatan membasuh vagina anda menggunakan douche juga mampu untuk membuatkan anda terdedah kepada masalah vaginosis.

Walaupun seronok untuk bereksperimen dengan makanan, namun nasihat kami, janganlah sampai anda menggunakan ia untuk menjadi sebahagian daripada alat untuk memuaskan anda.

Apa yang boleh digunakan sebagai pelincir?

Untuk pelincir yang baik, sila cari produk yang direka khas untuk kegunaan hubungan intim seperti keluaran Durex. Selain daripada produk yang pelbagai, kebanyakkan produk Durex direka bagi memenuhi piawaian yang tinggi.

Dengan cecair pelincir keluaran Durex, ia akan membantu anda menjadikan pengalaman hubungan intim menjadi lebih baik.

Jika anda adalah orang yang mementingkan bahan semulajadi. Kami sarankan untuk anda mencuba Durex Naturals Intimate Gel. Ia mempunyai 100% bahan organic dan direka untuk melancarkan detik terbaik anda.

Kenapa pelincir perlu digunakan?

Terdapat banyak sebab yang baik kenapa anda perlu menggunakan cecair pelincir semasa melakukan hubungan intim.

Ia boleh membantu menjadikan aksi anda menjadi lebih menarik dan sengit. Ia boleh membuat peralihan dari foreplay ke hubungan seks lebih lancar. Cecair pelincir mampu menjadikan seks lebih selesa, terutamanya bagi mereka yang selalu mengalami kekeringan faraj. Wanita kadang-kadang cepat berasa kering dalam kitaran mereka - ia tidak perlu bimbang, ia adalah semulajadi. Cecair pelincir juga boleh digunakan dengan mainan seks untuk aksi melancap atau foreplay lebih menyenangkan.

Hanya kerana anda berasa kering di bawah sana, tidak bermakna nafsu anda tidak boleh dihidupkan. Semua orang adalah berbeza dan Durex pasti mempunyai produk yang sesuai dengan keperluan anda - semak bahagian depan kotak dan pilih pelincir yang anda suka! Kami fikir seks lebih baik dengan pelincir, tetapi ingat, lakukan penyelidikan anda, meneroka pilihan anda dan gunakan pelincir yang sesuai untuk anda.