Semua orang tahu bagaimana perasaan jika kondom koyak ketika sedang beraksi bersama pasangan, ia boleh mengganggu suasana ketika itu.

Tidak kira sehebat mana pun situasi anda berdua di atas ranjang, kondom akan bertahan dan tidak koyak jika ia digunakan dengan betul. Ini cara bagaimana untuk menjaga kondom seutuh perasaan anda.

Semak tarikh luput kondom

Sesetengah daripada kita pernah berada di dalam situasi ini ; kita sangat memerlukan kondom, namun yang ada pada ketika itu adalah kondom lama yang terletak di dalam laci bilik tidur. Nasihat kami, sila semak dahulu tarikh luput kondom tersebut.

Kami tahu, ‘semak tarikh luput’ adalah perkara terakhir yang kita akan lakukan, tetapi percayalah, ada sebab mengapa tarikh luput diletakkan di situ. Kenapa ia ada disitu? Perumpaannya mudah, kita tidak akan makan, makanan yang sudah basi, jadi kenapa letakkan ‘masa hadapan’ pada kondom yang kita tidak tahu bila tarikh luputnya.

Berapa lama kondom mampu bertahan? Kondom keluaran Durex mempunyai jangka hayat selama 5 tahun. Apabila sampai tarikh luputnya, kondom akan hilang ketahanan serta mudah koyak.

Jadi, tunggu apa lagi? Anda mungkin perlukan stok kondom yang baru sekarang.

Simpan kondom di tempat yang betul

Seperti minuman, kondom juga perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Jika pernah dedahkan kondom dengan cahaya matahari, kemungkinan kualiti kondom akan rosak adalah tinggi.

Bagi memastikan ia dilindungi dengan baik, sila simpan di mana-mana ruang yang selamat di dalam bilik tidur.

Jika anda mempunyai tabiat menyimpan di dalam dompet, jangan simpan di sana terlalu lama kerana ia akan merosakkan kualiti bahan yang terdapat di dalam kondom akibat daripada kesan geseran sewaktu membuka dan menutup dompet.

Cecair pelincir mampu buat kondom bertahan

Sekiranya situasi ‘kering’ di bawah sana, selain daripada membuatkan kita merasa tidak selesa, ia juga boleh menyebabkan kondom mudah koyak.

Bagi memastikan kondom tahan lasak, sila gunakan cecair pelincir atau produk pra-pelincir, seperti Durex Extra Safe Condoms.

Jika mahu mengetahui lebih lanjut berapa jenis pelincir yang ada pada kondom keluaran Durex, sila periksa imej di hadapan kotak.

Gabungan kondom dengan cecair pelincir mampu untuk menahan dari apa jua situasi geseran. Ia tidak akan merosakkan kondom, malah membantu aksi menjadi lebih baik.

Namun jika ada yang sukakan sedikit geseran dan mahukan situasi itu kekal dalam keadaan selamat. Cuba gabungkan cecair pelincir dengan kondom jenis tulang rusuk atau berbintik di bahagian tengah bagi menambah sensasi ketika beraksi.

Pilih saiz dan jenis kondom yang betul

Seperti kasut yang kita pakai untuk bersukan, kondom juga hadir dengan pelbagai jeniz saiz bagi membantu aksi kita menjadi lebih selesa. Berapa besar saiz yang anda mahukan? Semua informasi tersebut anda boleh dapatkan di bahagian depan kotak.

Adakah kondom perlu ketat? Nasihat kami jangan terlalu ketat takut nanti kondom anda mudah koyak ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan. Tetapi jika kondom anda longgar dan tidak meliputi seluruh bahagian sulit, boleh cuba Durex Comfort XL Condoms.

Sesetengah orang menyatakan bahawa kondom yang longgar akan mudah tertanggal. Jika kita tidak pasti berapa saiz atau gaya kondom yang sesuai untuk diri sendiri. Mungkin boleh cuba dahulu beberapa jenis kondom yang berbeza untuk mencari penyelesaian kepada masalah anda.

Hati-hati ketika membuka kondom

Kuku yang tajam, cincin atau apa sahaja yang bertindik adalah musuh utama kondom Sila berhati-hati ketika memasang kondom jika anda memakai aksesori.

Dan fakta ini mungkin bunyi seakan pelik, tetapi ia baik untuk kita. Jangan buka kondom dengan gigi, ia tidak direka untuk dibuka begitu.

Pasang kondom anda dengan betul

Kondom tidak akan berkesan sekiranya ia tidak dipasang dengan betul. Penting untuk memakai kondom dengan kemas kerana anda tidak mahu kondom anda rosak atau mengganggu persembahan di atas ranjang. Selain itu, elakkan memakai kondom anda ketika lampu ditutup atau di dalam bilik gelap.

Untuk memakai kondom dengan betul, mulakan dengan mengetatkan bahagian hadapan kondom dengan ibu jari dan jari telunjuk. Kemudian perlahan-lahan tolak lebihan kondom yang bergulung dengan jari yang lain sampai ke atas. Proses ini perlu dilakukan bagi mengelak sebarang udara yang teperangkap di dalam kondom.

Sila tinggalkan sedikit ruang di bahagian hadapan kondom. Anda tidak mahu kondom koyak atau rosak disebabkan ketiadaan ruang untuk pancutan mani.

Namun sekiranya anda adalah orang yang mudah gugup atau terlebih teruja dan mudah goyah (ia berlaku kepada semua, jangan risau). Adalah baik untuk meminta bantuan teman. Ingat, kerjasama itu penting.

Elakkan memakai kondom lebih daripada satu. Ini adalah mitos urban culture yang tidak betul dan kesannya nanti adalah kondom tidak mampu mencapai tahapnya yang sebenar.

Mahu maklumat lanjut mengenai kondom? Sekiranya masih bimbang bahawa anda tidak melakukannya dengan betul, di sini terdapat 7 langkah mengenai cara-cara memakai kondom.